A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Monday, April 22

Cross Cultural 1

Assalamualaikum
salam spring semua (^_^)
Syeikh Muhammad Abduh once said " I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam " Why does he says so? We can't deny coz its true. Disebabkan saya diberi peluang alhamdulillah belajar kat europe jadi saya rasa rugi lah kalau saya xshare experience and what i learn here. Sebab kan dah dua tahun lebih duduk sini, so i learn lots of things.

But before that, sapa rasa terlebih patriotik yang xboleh negara dia dicompare kan dengan negara laen, xpayah baca ya.haha. But Albert einstein once said "The measure of intelligence is the ability to change" =) And dari kecik kita belajar, yang baik ambik jadikan tauladan, yang buruk jadi kan sempadan.

So first thing is RESPONSIBILITY. Ya tanggungjawab. Orang German sangat lah bertanggungjawab sekali. Why i said so? Sebab train, bus, tram and semua public transport boleh kita naik turun sesuka hati. 
Ni gamba tram dekat city saya. Nampak kan tram diorang xmacam Malaysia, ada tempat kene sentuh kad. Train diorang boleh naik with ticket (legal) or without ticket (illegal). Kebanyakan orang memang dah ada ticket macam semester ticket tapi kalau sape yang xda ticket boleh beli ticket dekat dalam train tu. Ada macam mesin kecik untuk beli ticket. Saya selalu perhati, xkisah lah makcik tua, budak kecik, gangster ke semua akan naik dan terus beratur untuk beli ticket. And i was so amaze at first. Baju lubang sana sini, rambut rock gila, tapi xlupa nak beli ticket. Tak ada siapa tahu kita ada ticket ke x and jarang sangat controller datang cek. Sepanjang 2 tahun saya naik train, baru 2 3 kali ada kene cek. Imagine if Malaysia using this kind of system. What do u think will happen? All public transport company will bankrupt tak pon everyday there will be controllers checking tickets. Kita kene berubah, jadi lebih bertanggungjawab so that Malaysia will be a developed country instead of developing country forever. Saya pon duduk sini baru belajar. Kalau xbeli ticket rasa malu, dah la Islam, tapi naik haram. Budak kecik pon tahu kene beli ticket.

Second thing is DISCIPLINE. Kalau nak naik train, diorang akan beratur tepi dulu, and kasi passenger nak keluar, keluar dulu before diorang masuk. August tahun lepas saya balik Malaysia and banyak tersenyum tengok telatah orang kita. Time nak naik train tu, saya macam biasa lah, berdiri tepi, nak kasi org keluar dulu, but what happened was orang berpusu-pusu nak masuk train without letting people out first. Anak-anak semua, xdatang kebaikan pon budaya tu, menyusahkan lagi adalah. Why dont we let people out first, then akan ada banyak space dalam train and senang lah kita nak naik kan. 
And one more thing about discipline is
diorang sentiasa ikot traffic light. Susah nak nampak orang langgar traffic light dekat sini. Ada sekali tu ada sorang budak tu langgar traffic light, tiba2 pakcik sebelah saya jerit "buta ke?" Terkejut saya. Kalo bawak pakcik tu datang Malaysia, abis suara pakcik tu menjerit. Jom lah semua kita ikot traffic light, xada buruknya pon ikot. Lagi elok lagi selamat =)

Third thing is PUNCTUALITY. Ya ketetapan masa. Public trabsport sini kalau dia kata 9.58 pagi sampai, maksudnya tepat 9.58 pagi dia akan sampai, kalo delay dia akan announce supaya semua orang taw. But jarang lah delay. Same goes to everything else, kalo meeting pukul 10.00 means 9.55 dah patut ada. So everybody let's be on time so that everything will run smoothly. 

So terima kasih semua yang sudi membaca sampai habis. Kalo terkasar tu saya mintak maaf lah. Saya bukan la baik sangat,. Saya pon dalam proses nak jadi orang yang bertanggungjawab. Imagine kalau semua orang Malaysia berubah, tak mustahil Malaysia akan sama taraf dengan Germany, Jepun and semua lah negara2 yang membangun. Kita lagi senang nak berubah sebab kita mostly Islam, and if we practice Islam correctly, we'll gonna be a great person because Islam is great and perfect.
So thanx for reading and let become a better person. Make tomorrow better than yesterday =)

"Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi merka yang bertaqwa"
[2:2]

14 comments :

  1. perkongsian yang best ! thanks.. i like it.. malaysia oh malaysia :)

    ReplyDelete
  2. wow manarik cerita awak...saya suka baca blog awak...heheh..jemput singgah di blog saya..huhu

    http://bbpluscollagendrink.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam..
    that is typical malysian style..
    x tau nak ubah mcamana..adeh~~`

    ReplyDelete
  4. hi ! thanks singgah blog saya...nice to meet you...bestnya pergi sana..hehehe

    ReplyDelete
  5. kisah yang menarik, :) like a shuing light

    ReplyDelete
  6. Best kan belajar kat negara orang.mcm2 bole belajar.Yang baik, kita ikut, yang tak baik kita jauh kan. Share lah lagi ye :) seronok utk tahu. btw, follow sini :D

    come and visit mine: syiqinspeaks.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. xpe sis..xsemua org baik..adat lah tu.hehe

    ReplyDelete
  8. done follow sini.and....awk study kt sana ke?

    ReplyDelete
  9. salam kenal..done follow you...

    ReplyDelete
  10. disiplin dan punctuality mmg kurang kat rakyat malaysia ni

    same goes at japan or china dorang pun sgt disiplin

    u're so lucky dpt berada kat sana :D

    -xoxo-
    S

    ReplyDelete
  11. hola ! im here again...how ar you?

    ReplyDelete
  12. Well, tak dapat dinafikan lagi. Dulu selalu naik bas, masa nak turun bas tu diorang suka sangat tolak-tolak. haish.

    ReplyDelete