A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Sunday, March 6

Bila Orang Jerman Langgar Peraturan

Salam and hai semua

Semalam saya pergi Bremen (tempat saya buat bachelor dulu). Dalam 3 jam macam tu perjalanan. Dekat Bremen tu ada berkotak-kotak barang n surat2 saya. So p sana untuk ambil sikit barang2 yang perlu. Nasib malang lah pulak semalam ada match bola kt Bremen. SV Werder Bremen vs Hannover 96.

Kenapa cakap nasib malang bila ada match?  Sebab time ni lah kita akan dapat tengok perangai pelik and buang tebiat orang2 jerman ni. Abis semua rules yang dia xpernah break, dia break pada waktu itu. Time nak p match tu relax lagi semua bersopan santun ja. Time abis game tu nauzubillah. Dan semalam, saya bersama sama mereka setelah abis match. Aigooooo.

Jerman ni boleh dikategorikan negara yang paling series, xlawak dan skema. Memang ikot peraturan lah, skema sehabisnya. Tapi bila ada match bola, hang konfius sekejap hang kat negara mana sekarang. Kalau tahu ada match bola semalam, memang xkeluar la semalam, banyak lagi hari lain boleh keluar. Tapi xpalah, boleh citer kt korang an pengalaman.

So lets begin the story...

So kalau ada match, train station memang penuh gila sebab diorang ni selalu tengok bola sambil minum alkohol, so diorang memang x drive la. Semua pakat naik public transport ja. Ni bukan kisah skema xskema, hang kalau kene tahan police drive level alkohol tinggi, kene tarik terus lesen hang. Bertahun lepas tu baru boleh buat lesen semula. So saya pon semalam terkedek2 lah bersesak la bersama mereka dari Bremen nak balik tempat saya.

Bila masuk train kita dah mula konfius, ni train ka disco (eh xpernah masuk disco, tengok dalam movie ja). Depa pasang lagu kuat2 sambil half gerabak tu duk menyanyi sama. Lagu balada xpa juga, Boleh la feeling2 Ziana Zain sikit, ini lagu2 bola2 semangat2 tu. Dun tam dun tam. Ole ole ole lah menda2 macam tu. And mostly memang semua dalam gerabak tu tahu lagu2 tu xkira tua muda miskin dan kaya memang semua pakat nyanyi sekali lah. Kita senyum je lah (soghi ler iolls xtgok bola).

Okey, tu baru deria dengar, next deria bau pulak. Kalo sesapa xtahu, alkohol ni dia ada 1 bau yang kurang menyenangkan hati, akal dan minda. So imagine dalam 1 gerabak tu ada dekat 60 70 orang and separuh daripada tu botol alkohol kat tgn. Bau dia memang xdapat digambarkan kan lah. Dengan beer tumpah sana sini, nasib xbanjir ja dalam train tu.

Next yang ni macam lawak pon ada tapi xbaik la kan. Diorang ni selaluya jujur, memang bila naik train diorang akan beli tiket, tapi malam td mcm 10% to 20% orang xada tiket. Naik train secara haramnya. Yang lawaknya, train kat jerman ni 2 tingkat. Diorang boleh main nyorok2 pula dengan controller tiket. Bila controller tiket kat bawah diorang lari naik atas, controller naik atas diorang turun bawah. Sekali datang serentak 2 controller, sorang controller naik atas sorg controller ikot bawah, dorang lari masuk gerabak sebelah hahaha. Macam citer P.Ramlee dah. Masuk pintu sana keluar pintu sini. Macam mana saya tahu diorang xda tiket kan? Sebab orang jerman ni xreti nak buat jahat betol. Dah terbiasa jujur kot. Ada ke diorang boleh bincang kuat2 dalam gerabak tu.

(Dialog2 dibawah adalah translation semata2. Ofkos lah org jerman ckp jerman an)

"Weh hang ada tiket?"
"Weh ak xda tiket ni"
"Weh tiket kita xcukup ni, tiket ada 5 ja, kita 6 orang."

Tengok ada makcik2 yang nak turun next station tu diorang direct p tanya
"Cik, cik guna lagi ke tiket cik lepas turun ni? Kalau xguna, bagi kamilah, kami xcukup tiket ni"

Aigooooo kome ni ler. Nak buat jahat buat betol2 lah.

Satu ni saya xboleh terima sikit la. Yang lain2 tu okey lagi, diorang ni, ada ke patut ada ke patut ada ke patut dorang merokok dalam train! Subhanallah. Kawasan bertutup kot. Mula2 sorang start isap rokok, pastu org lain ikot dan ikot dan ikot... Woaaaa memang lah hai. Saba yo lah jang. Haa marah sangat ni sampai keluar bahasa nogori haha.

Bila sampai kat station untuk turun, ni lah yang paling megerikan. Kat station selalunya bila ada match bola memang pakat ada polis jaga. Tapi 7 8 ketul polis, memang xboleh la nak kawal beratus-ratus orang kan. Apa yang mengerikan sangat kan. Xda lah ngeri pon, tapi diorang menyanyi2 ramai2. Sambil menyanyi sambil melompat2 bergema 1 station. Perasaan dah macam gempa bumi 7.8 skala richter dah dalam station tu (macam pernah rasa ja kan.. Hiperbola sangat!) Rasa macam nak buat "Pray for Germany" dah, sebab gempa bumi.

Polis kat luar train station
Alhamdulillah setelah menempuh onak duri ranjau dan dugaan, berjaya juga sampai ke rumah dengan selamatnya. So if u want to see the Germans break the laws, come during a football match!

video
Ni video lama Hamburg vs Bremen. Xda camera semalam nak record. ( Oh yeah i dont have phone, so don't ask me to record using phone ^^ ) Ni keaadan baru nak p stadium nak tengok match. Balik abis match tu darab 100 kali ganda huru haranya. Can u imagine my situation yesterday. Perempuan pregnant boleh terberanak dah kt situ agaknya.

p/s: Balik saya google game nya. Bremen menang 4:1. Patutlah beria benor dia bersorak lupa dunia..

3 comments :

  1. hahahhaa lawak la bincang2 tiket kuat2 tuh...jujur bebenornya.. aku sllu hadapi, kat sini, depa nyanyi...pastuh polis dlm train suruh diam, depa ketuk tingkap melawan polis...last2 polis tuh blah camtuh jer... hahahahah nk buat camne, plois 3-4 ketol jer, yang mabuk tuh beratus kan...

    ReplyDelete
  2. hahaha lawak la cara zulika citer :P

    but mmg sounds so ngeri nye, esp utk kita2 yang jenis baik ni kan? (hahaha sangat x bole blah ini ayat :P)

    tp mmg experience tuh!

    kalo bola pon camni punye gile, camana yek october fest? tsk tsk tskkk..

    ReplyDelete
  3. Kalo world cup, team favourite memang german la antaranya. Tapi kalo gini gaya nyer alahaiiii kelako habis. Sabooo jela. :D

    ReplyDelete